Showing posts with label Ibadah. Show all posts
Showing posts with label Ibadah. Show all posts
Friday, June 21, 2013
Tuesday, June 18, 2013
Haid
Haid atau datang bulan merujuk kepada satu fisiologi tetap dan teratur yang dialami oleh perempuan yang berada dalam lingkungan umur yang berupaya untuk mengandung. Semasa kedatangan haid, seseorang perempuan akan kehilangan darah. Tempoh pembiakan seseorang perempuan dicirikan dengan perubahan ritma pada rembesan hormon yang diperlukan untuk pembiakan. Corak ritma ini dikenali sebagai kitaran haid.
Fungsi kitaran haid ialah untuk menghasilkan ovum yang matang daripada ovari dan menyediakan lapisan dalam rahim untuk penempelan embrio. Jika tidak berlaku persenyawaan, ovum akan mengalami kemerosotan dan dibuang bersama bahan-bahan lain yang keluar daripada tubuh wanita melalui faraj.
Proses haid akan membuang keluar darah, mukus dan sel-sel yang sudah mati. Proses ini berlaku dalam tempoh yang agak tetap daripada masa akil baligh sehinggalah menopaus (putus haid) kecuali semasa mengandung dan penyusuan. Proses haid bermula daripada umur 12 atau 13 tahun tetapi kadang kala seawal umur 10 tahun dan selewat-lewatnya 16 tahun. Permulaan haid banyak bergantung kepada beberapa faktor seperti kaum, genetik, suhu persekitaran dan pemakanan. Putus haid berlaku pada purata umur 47 tahun (julat umur antara 45 hingga 55 tahun). Purata tempoh kitaran haid bagi wanita yang biasa ialah 28 hari. Hari pertama haid dianggap sebagai hari pertama bagi setiap kitaran baru. Setiap kitaran bagi seorang wanita yang biasa dan sihat ialah antara 20 hingga 45 hari. Perbezaan tempoh kitaran bergantung kepada umur. Tempoh aliran keluar haid juga berbeza-beza.
Purata kitaran haid ialah 6.6 hari manakala pada umur 21 tahun, purata tempoh haid menjadi enam hari sehinggalah mencapai tahap putus haid. Lebih kurang lima peratus perempuan yang sihat datang haid kurang daripada empat hari dan lima peratus lagi perempuan yang mengalami lebih daripada lapan hari. Jumlah purata darah dan tisu yang hilang semasa kedatangan haid ialah 70 mililiter. Wanita yang berumur kurang daripada 35 tahun akan kehilangan darah lebih banyak berbanding wanita yang berumur 35 tahun ke atas.
Jumlah keseluruhan cecair badan yang hilang semasa haid ialah antara 60 hingga 200 mililiter.
Sesetengah perempuan akan mengalami simptom atau gejala yang tidak selesa dalam tempoh haid tersebut. Dalam tempoh tersebut, wanita akan mengalami masalah seperti sakit kepala, pengumpulan cecair, ketegangan payu dara, mudah meradang, keresahan, sakit tulang belakang, kesakitan dan kekejangan pada bahagian abdomen serta tekanan perasaan.
Kehadiran dan keterukan gejala ini berbeza-beza di kalangan perempuan. Masalah ini boleh dibantu oleh ahli farmasi atau diurus sendiri oleh perempuan tersebut. Mereka yang mengunjungi kedai farmasi akan ditemu bual untuk memastikan keterukan masalah dan sama ada perempuan berkenaan harus mendapatkan pemerhatian doktor. Temu bual ini juga dapat membantu ahli farmasi untuk menilai masalah pesakit dan memilih atau menyarankan ubat yang sesuai dan berkesan bagi mengatasi masalah tersebut.
Wanita mula mengalami haid dan merupakan tahap akhir bagi kematangan
bagi wanita. Usia purata awal haid bagi manusia adalah 12 tahun, tetapi
biasanya antara usia 8 hingga 16. Faktor seperti keturunan, permakanan
dan kesihatan keseluruhan mungkin mempercepat atau melambatkan awal
haid. Pengakhiran kitaran haid pada akhir usia pembiakan wanita dikenali sebagai putus haid (menopause).
Usia putus haid bagi wanita adalah 51 tahun, dengan tempoh antara 40
dan 58 adalah perkara biasa. Putus haid sebelum usia 35 dianggap pramatang.
Usia putus haid kebanyakannya disebabkan warisan; bagaimanapun,
penyakit, sesetengah pembedahan, atau rawatan perubatan mungkin
menyebabkan putus haid berlaku lebih awal.
Tempoh kitaran haid biasanya berbeza, dengan sesetengah kitaran
pendek dan sesetengah kitaran lebih panjang. Wanita yang mengalami
perbezaan kurang dari lapan hari antara tempoh kitaran terpanjang dan
terpendek dianggap sebagai mempunyai kitaran haid yang tetap. Ia adalah
luar biasa bagi wanita mengalami perbezaan kitaran haid kurang dari
empat hari. Perbezaan antara lapan dan 20 hari dianggap serdahana tidak
tetap. Perbezaan antara 21 hari atau lebih dalam tempoh kitaran haid
terpanjang dan terpendek dianggap tidak tetap.
Kitaran haid dikira dari hari pertama aliran haid, disebabkan
permulaan haid selari dengan kitaran hormon. Kitaran haid mungkin
dibahagi kepada beberapa fasa, dan tempoh setiap fasa berbeza bagi
wanita dengan wanita lain dan dari kitaran dengan kitaran. Nilai purata
diberikan di bawah:
| Nama fasa | Hari |
| fasa haid | 1–4 |
| fasa follicular (juga dikenali sebagai fasa proliferative) | 5–13 |
| ovulasi (bukan fasa tetapi kejadian membahagi fasa) | 14 |
| fasa luteal (juga dikenali sebagai fasa rembesen (secretory) | 15–26 |
| fasa ischemik (sesetengah sumber mengumpulkan fasa ini dengan fasa rembesen) | 27–28 |
Semasa fasa follicular, lapisan Endometrium pada uterus menebal, dirangsang oleh peningkatan jumlah estrogen. Follicles dalam ovari mula membentuk di bawah pengaruh gabungan rumit hormon, dan selepas beberapa hari satu atau dua folikel (follicles) menjadi dominan (folikel lain menjadi pengun dan mati). Folikel dominan membebaskan ovum atau telur dalam kejaidan yang dikenali sebagai ovulasi. (Sebiji telur yang disenyawakan dengan spermatozoon akan menjadi satu zigot, mengambil masa satu hingga dua minggu untuk bergerak ke bawah melalui tiub fallopio
sehingga ke uterus. Jika telur tidak disenyawakan dalam tempoh sehari
selepas ovulasi, ia akan mati dan diserap oleh badan wanita.) Selepasa ovulasi baki folikel dalam ovari membentuk corpus luteum; ia mempunyai fungsi utama bagi menghasilkan sejumlah besar progesterone. Di bawah pengaruh progesterone, lapisan uterus endometrium
bertukar untuk kemungkinan pembenihan embrio bagi kehamilan. Sekiranya
pembenihan tidak berlaku dalam tempoh dua minggu, corpus luteum akan
mati, menyebabkan kejatuhan merudum dalam paras progesterone dan
estrogen. Kejatuhan hormon ini menyebabkan uterus meluruhkan lapisannya
dalam proses yang dikenali sebagai haid.
Hadath
PENGERTIAN HADATH
- Hadath dari segi bahasa bererti sesuatu yang datang atau berlaku.
- Hadath dari segi syara‘ bermaksud sesuatu yang berlaku pada tubuh badan yang menyebabkan tidak sah sesuatu ibadah.
- Ia terbahagi
kepada hadath kecil dan hadath besar.
1. Hadath kecil ialah sesuatu perkara yang membatalkan wudhu’.
2. Hadath besar ialah sesuatu perkara yang mewajibkan mandi.
SEBAB HADATH DAN KESANNYA
- Sebab hadath
kecil adalah sebab yang membatalkan wudhu’. Maka kesan daripada
berhadath kecil adalah terbatalnya wudhu’ dan diharamkan
untuk melakukan perkara-perkara berikut:
1. Menunaikan sembahyang sama ada fardhu atau sunat dan amalan lain yang seumpamanya seperti sujud tilawah, sujud syukur, khutbah Jumaat dan solat jenazah.
2. Tawaf Ka‘bah, sama ada fardhu ataupun sunat kerana dihukum sebagai sembahyang.
3. Memegang dan menyentuh kesemua bahagian Al-Qur’an atau sebahagiannya sahaja walaupun sepotong ayat.
- Sebab hadath besar pula adalah berjunub, keluar haidh atau nifas dan melahirkan anak.
- Apabila
seseorang berhadath besar kerana berjunub, maka dia diharamkan
untuk melakukan perkara-perkara berikut:
1. Menunaikan sembahyang sama ada fardhu atau sunat dan amalan lain yang seumpamanya seperti sujud tilawah, sujud syukur, khutbah Jumaat dan solat jenazah.
2. Tawaf Ka‘bah, sama ada fardhu ataupun sunat kerana dihukum sebagai sembahyang.
3. Memegang dan menyentuh kesemua bahagian Al-Qur’an atau sebahagiannya sahaja walaupun sepotong ayat.
4. Membaca Al-Qur’an dengan niat membacanya kecuali dengan niat zikir, berdoa, memuji Allah dan memulakan sesuatu ataupun dengan tujuan mengajar.
5. Beri‘tikaf di dalam masjid.
- Apabila
seseorang berhadath besar kerana keluar haidh dan nifas, maka
dia diharamkan untuk melakukan perkara-perkara berikut:
1. Menunaikan sembahyang sama ada fardhu atau sunat dan amalan lain yang seumpamanya seperti sujud tilawah, sujud syukur, khutbah Jumaat dan solat jenazah.
CARA MENGHILANGKAN HADATH
2. Berpuasa.
3. Tawaf Ka‘bah, sama ada fardhu ataupun sunat kerana dihukum sebagai sembahyang.
4. Memegang dan menyentuh kesemua bahagian Al-Qur’an atau sebahagiannya sahaja walaupun sepotong ayat.
5. Membaca Al-Qur’an dengan niat membacanya kecuali dengan niat zikir, berdoa, memuji Allah dan memulakan sesuatu ataupun dengan tujuan mengajar.
6. Masuk, duduk dan beri‘tikaf di dalam masjid walaupun dengan wudhu’.
7. Bersetubuh.
8. Talaq.
- Untuk menghilangkan hadath kecil ialah dengan berwudhu’ atau tayammum apabila tidak dapat melakukan wudhu’.
- Untuk menghilangkan
hadath besar ialah dengan mandi atau bertayammum sebagai ganti
daripada mandi.
Najis
PENGERTIAN NAJIS
- Dari segi bahasa, najis bererti benda kotor seperti darah, air kencing dan tahi.
- Dari segi syara`, najis bermaksud segala kekotoran yang menghalang sahnya solat.
PEMBAHAGIAN NAJIS
- Najis dari segi ‘ainnya terbahagi kepada dua:
1. Najis haqiqiyy, iaitu benda kotor sama ada beku atau cair dan sama ada dapat dilihat atau tidak. Ia terbahagi kepada tiga:
i. Mughallazah (berat), iaitu anjing, khinzir dan yang lahir daripada kedua-duanya atau salah satunya.Semua bangkai binatang adalah najis kecuali ikan dan belalang. Kulit bangkai binatang menjadi suci apabila disamak kecuali kulit khinzir, anjing dan yang lahir daripada kedua-duanya atau salah satunya.
ii. Mukhaffafah (ringan), iaitu air kencing kanak-kanak lelaki yang tidak makan selain menyusu dan belum mencapai umur dua tahun.
iii. Mutawassitah (pertengahan), iaitu selain dari dua jenis di atas seperti darah, nanah, tahi dan sebagainya.
2. Najis hukmiyy, iaitu kekotoran yang ada pada bahagian tubuh badan iaitu hadath kecil yang dapat dihilangkan dengan berwudhu’ dan hadath besar (janabah) yang dapat dihilangkan dengan mandi, atau tayammum apabila ketiadaan air atau uzur daripada menggunakan air.
NAJIS YANG DIMAAFKAN
Tiada sebarang najis yang dimaafkan. Walaupun begitu, syara` memberi kemaafan terhadap kadar benda najis yang sedikit yang sulit untuk dielakkan, begitu juga untuk memudahkan dan bertolak ansur kepada umatnya. Oleh yang demikian, najis-najis berikut adalah dimaafkan:
1. Najis yang tidak dapat dilihat oleh pandangan sederhana seperti darah yang sedikit dan percikan air kencing.
2. Darah jerawat, darah bisul, darah kudis atau kurap dan nanah.
3. Darah binatang yang tidak mengalir darahnya seperti kutu, nyamuk, agas dan pijat.
4. Tempat berbekam, najis lalat, kencing tidak lawas, darah istihadhah, air kurap atau kudis.
CARA MENYUCI NAJIS
- Cara menghilangkan najis ialah dengan beristinja’, membasuh dan menyamak.
- Cara menyucikan najis haqiqiyy pula adalah seperti berikut:
Hendaklah dihilangkan ‘ain najis itu terlebih dahulu, kemudian barulah dibasuh dengan air sebanyak tujuh kali, salah satu daripadanya bercampur dengan tanah sehingga hilang sifatnya (warna, bau dan rasa).
2. Najis mutawassitah (pertengahan)
Hendaklah dihilangkan ‘ain najis itu terlebih dahulu, kemudian barulah dibasuh tempat kena najis dengan air sehingga hilang sifatnya (warna, bau dan rasa).
3. Najis mukhaffafah (ringan)
Hendaklah dihilangkan `ain najis itu terlebih dahulu, kemudian cukup sekadar direnjiskan atau dialirkan air ke atasnya.
· Untuk menyucikan najis hukmiyy iaitu yang tiada warna, bau dan rasa ialah dengan mengalirkan air ke atas tempat yang terkena najis tersebut.
Samak Kulit
Menyamak Kulit
1. Tujuan menyamak ialah untuk menyucikan kulit yang najis (bangkai).
2. Hukum menyamak kulit adalah harus.
3. Menyamak tidak tertentu kepada orang Islam sahaja bahkan orang kafir pun boleh menyamak asalkan ia mengikut cara yang dilakukan oleh orang Islam.
4. Hubungan menyamak kulit dengan kehidupan manusia:
5. Hanya kulit sahaja yang boleh disamak, tidak boleh pada kuku, gigi dan tulang.
- Untuk menambahkan ekonomi bagi mereka yang melakukannya.
- Untuk mengelakkan daripada pembaziran.
6. Takrif dan pengenalan bangkai :
7. Binatang-binatang yang mati termasuk dalam jumlah bangkai:-
- Binatang yang halal dimakan yang mati tidak disembelih mengikut cara-cara Islam.
- Binatang yang haram dimakan yang mati sama ada disembelih atau tidak, tetap ia menjadi bangkai.
8. Binatang yang tidak suci kulitnya walaupun disamak:
- Binatang yang disembelih dengan menggunakan tulang.
- Binatang yang disembelih oleh orang Majusi (orang yang menyembah api)
- Sembelihan orang-orang yang berihram (Ihram haji atau umrah)
9. Alat-alat yang digunakan untuk menyamak kulit iaitu sesuatu yang tajam rasanya atau kelat seperti tawas, cuka, asam, limau dan sebagainya.
- Babi
- Anjing
- Anak yang dilahirkan daripada perkahwinan di antara anjing dan babi
- Anak yang dilahirkan daripada perkahwinan binatang yang halal dengan anjing atau babi.
10. Cara menyamak kulit binatang :
11. Kulit yang disamak itu haram dimakan kerna boleh mendatangkan mudarat pada anggota badan manusia.
- Terlebih dahulu hendaklah disiat kulit binatang daripada anggota badan binatang (setelah disembelih)
- Dicukur semua bulu-bulu dan dibersihkan segala urat-urat dan lendir-lendir daging dan lemak yang melekat pada kulit.
- Kemudian direndam kulit itu dengan air yang bercampur dengan benda-benda yang menjadi alat penyamak sehingga tertanggal segala lemak-lemak daging dan lendir yang melekat di kulit tadi.
- Kemudian diangkat dan dibasuh dengan air yang bersih dan dijemur.
12. Maksud perkataan suci zahir dan batin pada menyamak kulit binatang:
13. Bulu-bulu binatang yang telah disamak dan terlekat pada kulit kiranya sedikit adalah dimaafkan.
- Suci pada zahir itu ialah ialah sebelah luar tempat tumbuh bulu yang telah dicukur dan kulit itu melekat pada daging.
- Suci pada batin ialah di sebelah dalam kulit yang bermakna kulit itu dibelah maka bekas belahan itu suci.
14. Hubungan menyamak kulit binatang dengan ilmu-ilmu yang lain:
15. Kesimpulan ialah menyamak kulit binatang adalah bertujuan menyucikan kulit.
- Pada Ilmu Muamalat kulit yang telah disamak boleh dijualbeli.
- Pada Ilmu Jinayat kulit yang telah disamak boleh dipotong tangan apabila dicuri.
- Pada Ilmu Faraid kulit yang telah disamak boleh dipusakakan
( Kitab Matlaal Badrain - Syeikh Daud Fattani )
Bijana Emas dan Perak
Bijana Emas dan Perak
1. Bijana bermaksud alat perkakas kegunaan kita setiap hari seperti pinggan, mangkuk, gelas, sudu, pisau dan lain-lain lagi .
2. Penggunaan bijana daripada emas dan perak hukumnya adalah haram.
3. Sebab dihukumkan haram adalah :
4. Haram menggunakan bijana emas dan perak seperti pencelak mata bekas celak, sikat dan lain-lain.
- kerana tegahan - Sebagaimana Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “ Jangan kamu minum pada segala bijana emas dan perak dan
janganlah kamu makan pada semua pinggannya “.
( Riwayat Al-Hakim ).
- kerana akan menjadi beku tidak dapat menambah atau mengembangkan ekonomi.
- kerana boleh menimbulkan rasa kecil hati dari kalangan fakir miskin.
5. Haram seseorang itu mengupah dan mengambil upah membuat sesuatu bijana daripada emas dan perak. Dan tidak wajib ganti apabila memecahkan alat permainan yang diperbuat daripada emas dan perak.
6. Hukum menyimpan bijana emas dan perak hukumnya adalah haram begitu juga hukum menyadurkan bijana besi atau tembaga dengan emas atau perak juga adalah haram.
7. Bijana emas dan perak yang disadurkan dengan tembaga atau sebagainya tidak haram.
8. Hukum bijana yang ditimpal dengan perak:-
9. Hukum menampal bijana dengan emas hukumnya adalah haram.
- Jika besar tampalannya pada kebiasaan kerana perhiasan hukumnya adalah haram.
- Jika besar tampalannya pada kebiasaan kerana hajat atau keperluan hukumnya harus beserta makruh.
- Jika kecil tampalannya pada kebiasaannya kerana perhiasan hukumnya makruh.
- Jika kecil tampalannya kerana hajat hukumnya tidak makruh.
10. Makanan atau minuman yang ada di dalam bijana emas atau perak hukumnya adalah halal di makan atau diminum kalau ia bukan daripada makanan yang haram, yang diharamkan hanyalah menggunakan bijana-bijana tersebut.
11. Dihukumkan haram menggunakan bijana itu adalah terhadap ke semua manusia sama ada lelaki atau perempuan.
12. Bersuci dengan menggunakan bijana emas atau perak itu hukumnya adalah sah.
Rujukan: (Kitab Matlaal Badrain – Syeikh Daud Fattani)
(Kitab Fiqh Syafi’I – Al-Ustaz Hj. Idris Ahmad S.H)
Bersugi (Bersiwak)
Bersugi (Bersiwak)
1. Bersugi atau bersiwak adalah suatu perbuatan bagi membersihkan mulut dan gigi.
2. Bersugi hukumnya adalah sunat dan masanya ialah bila-bila masa tetapi masa yang paling dituntut ialah setelah bangun dari tidur, ketika hendak mendirikan sembahyang , ketika hendak membaca Al-Quraan dan ketika berubah bau mulut.
3. Dihukumkan makruh bersugi apabila telah gelincir matahari ( masuk waktu Zohor ) bagi orang yang berpuasa , sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
“ Dari Abu Hurairah r.a.h. dari Nabi s.a.w. sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa itu disisi Allah s.w.t. itu lebih harum daripada kasturi “.4. Alat untuk bersugi ialah tiap-tiap sesuatu yang suci dan kesat seperti berus gigi , kayu arak ( siwak ) , rotan manggar kelapa dan lain-lain.
( Riwayat Muslim )
- Pada pendapat Imam Nawawi r.a.h bahawa tidak makruh bersugi bagi orang yang berpuasa sama ada telah gelincir matahari atau belum gelincir matahari.
5. Hadith Rasulullah s.a.w. tentang bersugi :
1) Dari Aisyah r.a.h. “ Sesungguhnya Nabi s.a.w. telah bersabda bersugi itu membersihkan mulut dan mendapat redha dari Tuhannya “.6. Cara perlaksanaan bersugi hendaklah dengan tangan kanan dan dimulakan dengan sebelah kanan mulut dan terus dilakukan atas langit-langit mulut dengan perlahan-lahan serta ke atas gusi dan gigi.
( Riwayat Baihaqi )
2) Dari Abu Hurairah r.a.h. dari Nabi s.a.w. telah bersabda :
“ Kalau tidaklah akan menyusahkan umatku akan aku suruh
mereka bersugi pada tiap-tiap waktu ketika berwuduk “.
( Riwayat Ahmad )
7. Di antara kelebihan bersugi ialah :7. Sekiranya tidak dapat bersugi pada tiap-tiap waktu yang dituntuti hendaklah ia bersugi sekali dalam sehari.
1) Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
“ Dua rakaat sembahyang dengan bersugi itu terlebih
baik pahalanya daripada tujuh puluh rakaat sembahyang
dengan tidak bersugi “.
( Riwayat Muslim )
2) Dapat menambahkan akal.
3) Dapat mencerahkan mata.
4) Melambatkan tumbuh uban .
5) Dapat menggandakan pahala.
6) Dapat mengucapkan Syahadah tatkala hampir ajal .
8. Di antara sebab-sebab sembahyang orang yang bersugi itu lebih afdhal dan lebih besar fadhilatnya kerana ia akan mendatangkan lebih khusyuk sembahyangnya serta dapat memelihara pergaulan yang baik di dalam jemaahnya semasa sembahyang dengan bau mulut yang bersih dan harum serta cahaya gigi yang segar .
( Rujukan Kitab - Kitab Matla’al Badraian – Syeikh Daud Fattani )
Air Bersuci
Pembahagian Jenis Air
Air dari segi hukum terbahagi kepada tiga jenis, Iaitu:
1. Air yang suci dan boleh menyucikan benda lain. Ia terbahagi kepada dua:
a) Air Mutlaq:2. Air yang suci tetapi tidak boleh menyucikan benda lain. Ia terbahagi kepada dua:
b) Air Musyammas:
- Air yang suci lagi menyucikan ialah air mutlaq yang kekal dengan sifat asal kejadiannya yang telah dijadikan oleh Allah s.w.t.
- Air tersebut masih dikatakan air mutlaq walaupun ia sudah berubah disebabkan lama terbiar , disebabkan tanah, lumut dan tempat bertakung atau tempat mengalirnya mengandungi belerang . Hal ini kerana air itu sukar untuk dielakkan daripada perkara tersebut .
- Dalil yang menunjukkan kesucian air mutlaq, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
"Daripada Abu Hurairah r.a.h. katanya , seorang Badwi berdiri lalu terkencing di dalam masjid, kemudian para sahabat pergi mencegahnya . Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda, biarkan dia dan curahkanlah di atas air kencingnya setimba air . Sesungguhnya kamu disuruh untuk mempermudahkan bukan menyusahkan" .
- Perintah Rasulullah s.a.w. supaya menjiruskan air ke tempat air kencing tersebut adalah dalil yang menunjukkan bahawa air tersebut mempunyai sifat menyucikan.
- iaitu air yang suci lagi menyucikan tetapi makruh menggunakannya.
- Air yang suci lagi menyucikan yang lain tetapi makruh digunakan pada tubuh badan tidak pada pakaian.
- Air Musyammas bermaksud air yang panas yang terdedah kepada cahaya matahari iaitu pada negeri-negeri yang beriklim panas yang mana ia boleh mendatangkan karat seperti besi, tin dan lain-lain yang mana ia memberi mudharat apabila terkena kulit atau tubuih badan menyebabkan ianya sopak, kusta dan sebagainya. Sebagaimana Sabda Rasullah s.a.w. yang bermaksud :-
"Dari Aisyah sesungguhnya ia telah memanaskan air pada cahaya matahari maka telah bersabda Rasullah s.a.w kepadanya janganlah engkau berbuat demikian wahai Aisyah sesungguhnya air yang dijemur itu dapat menimbulkan penyakit sopak." (Riwayat Baihaqi)
a) Air Musta'amal:b) Air Muqayyad:
Iaitu air yang suci pada dirinya tetapi tidak menyucikan yang lain yang mana maksudnya dengan perkataan air itu boleh diminum tetapi tidak sah dipakai untuk menyucikan sesuatu.
Air yang berubah ada dua cara :-
- Yang dikatakan air Musta'amal pada mengangkatkan hadas ialah basuh kali yang pertama pada mandi atau wudhu' yang wajib dan sudah bercerai daripada anggota.
- Yang dikatakan air Musta'amal pada menghilangkan najis iaitu jika air itu tidak berubah dan tidak bertambah.
- Air daripada pokok-pokok dan air buah-buahan seperti daripada pucuk kelapa yang dibuat nira atau akar-akar kayu.
- Cara mentaqdirkan hukum air yang bercampur dengan sesuatu yang sama rupanya dengan seperti air mawar yang telah hilang bau, rasa dan warnanya.
- Berubah dengan Taqdiri - Air yang berubah dengan Taqdiri iaitu air yang berubah hanya pada Taqdir sahaja yang tidak dapat dilihat akan perubahannya.
- Berubah dengan Hissi - Air yang berubah pada Hissi iaitu berubah air itu dengan sesuatu yang dapat dilihat akan perubahannya.
- pada bau hendaklah ditaqdirkan dengan bau kemenyan Arab.Jika berubah dengan taqdir ini maka hukumnya air musta'amal dan jika tidak berubah dengan taqdir ini maka hukumnya air mutlak.
- pada rasa hendaklah ditaqdirkan dengan rasa delima.
- pada warna hendaklah ditaqdirkan dengan warna anggur.
Air yang bercampur itu ada dua cara :-
- Majawir
Bercampur dengan cara Mujawir iaitu air yang berubah dengan sebab termasuk di dalamnya dengan sesuatu yang dapat dipisahkan daripada air, contohnya sebuah baldi yang penuh dengan air termasuk di dalamnya sebatang kayu cendana dan kayu itu boleh dipisahkan daripada air tersebut, maka hukum air itu ialah air mutlak.- Mukhalit
Bercampur dengan cara Mukhalit iaitu benda yang masuk ke dalam air itu tidak dapat dipisahkan daripada air, contohnya sebuah baldi yang penuh dengan air maka termasuk ke dalamnya nila maka dihukumnya air Musta'amal.
3. Air yang najis atau mutanajjis, iaitu air yang terkena benda najis. Ia terbahagi kepada dua:
- Air yang bercampur dengan sesuatu yang suci yang mengubah salah satu sifatnya (warna, rasa dan bau) menyebabkan ia tidak dipanggil air mutlaq lagi seperti air yang dicampur dengan madu, sirap dan lain-lain.
a) Air yang sukatannya kurang dari dua kolah dan terkena benda najis kecuali yang dimaafkan, sama ada berubah sifat (warna, rasa dan bau) atau tidak.
b) Air yang sukatannya lebih dari dua kolah dan berubah sifat (warna, rasa dan bau) sama ada perubahan itu sedikit atau banyak.
- Ukuran air dua kolah itu ialah sebagai berikut :-
- Kalau dikira dengan tin minyak tanah, maka air dua kolah itu adalah sebanyak 9 2/3 tin
- Kalau dikira dengan timbangan, maka berat air dua kolah itu adalah seberat 162.72 kg.
- Kalau dikira dengan ukuran tempat empat persegi, maka air dua kolah itu memerlukan tempat yang berukuran 60 x 60 cm.
Taharah
Taharah / Bersuci
1. Definisi :
i) Dari segi bahasa : Suci dan bersih
ii) Dari segi istilah syarak : Suci dan bersih daripada najis atau hadas.
2. Taharah ialah anak kunci dan syarat sah salat.
3. Hukum taharah ialah WAJIB di atas tiap-tiap mukallaf lelaki dan perempuan.
4. Dalil naqli tentang suruhan bersuci adalah sebagaimana firman Allah s.w.t. dalam Surah al-Anfal, ayat 11 yang bermaksud :
" Dan (ingatlah ketika) Dia menurunkan kepada kamu hujan daripada langit untuk mensucikan kamu dengannya... "
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud :
" Agama islam itu diasaskan di atas kebersihan "
5. Tujuan taharah ialah bagi membolehkan seseorang itu menunaikan solat dan ibadah-ibadah yang lain.
6. Hikmah disuruh melakukan taharah ialah kerana semua ibadah khusus yang kita lakukan itu adalah perbuatan mengadap dan menyembah Allah Ta'ala. Oleh itu untuk melakukannya, maka wajiblah berada di dalam keadaan suci sebagai mengagungkan kebesaran Allah s.w.t. .
7. Faedah melakukan taharah ialah supaya badan menjadi bersih, sihat dan terjauh daripada penyakit serta mendatangkan kegembiraan kepada orang yang melaksanakannya.
8. Syarat wajib taharah ialah :
9. Taharah adalah sebagai bukti bahawa Islam amat mementingkan kebersihan dan kesucian.
- Islam
- Berakal
- Baligh
- Masuk waktu ( Untuk mendirikan solat fardhu ).
- Tidak lupa
- Tidak dipaksa
- Berhenti darah haid dan nifas
- Ada air atau debu tanah yang suci.
- Berdaya melakukannya mengikut kemampuan.
10. Ahli fiqh bersepakat mengatakan harus bersuci dengan air yang suci (mutlaq) sebagaimana firman Allah:
025.048 وَهُوَ الَّذِي أَرْسَلَ الرِّيَاحَ بُشْرًا بَيْنَ يَدَيْ رَحْمَتِهِ وَأَنْزَلْنَا مِنَ السَّمَاءِ مَاءً طَهُورًا
Maksudnya :
"Dialah yang meniupkan angin (sebagai) pembawa khabar gembira dekat sebelum kedatangan rahmat-Nya (hujan); dan Kami turunkan dari langit air yang amat bersih "
11. Selain itu, harus menggunakan kertas atau batu ketika beristinja' dan tanah atau debu tanah sebagai ganti air bagi mengharuskan solat yang dikenali sebagai tayammum.
12. Jelasnya, alat–alat untuk bersuci itu ialah:
- Air mutlaq, iaitu air semata-mata tanpa disertakan dengan sesuatu tambahan atau sesuatu sifat. Air mutlaq ini terbahagi kepada beberapa bahagian:
- Air yang turun daripada langit. Ia terbahagi kepada tiga, iaitu air hujan, air salji yang menjadi cair dan air embun.
- Air yang terbit daripada bumi. Ia terbahagi kepada empat, iaitu air yang terbit daripada mata air, air perigi, air sungai dan air laut.
- Tanah, boleh menyucikan jika tidak digunakan untuk sesuatu fardhu dan tidak bercampur dengan sesuatu. Firman Allah:
|
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu solat, sedang kamu dalam keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan, (jangan pula menghampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan berjunub), terkecuali sekadar berlalu sahaja, hingga kamu mandi. Dan jika kamu sakit atau dalam bermusafir atau kembali dari tempat buang air atau kamu telah menyentuh perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air, maka bertayamumlah kamu dengan tanah yang baik (suci); sapulah mukamu dan tanganmu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun. ”
(Surah Al-Nisa’, 4:43)
3. Samak, iaitu membuang bahan-bahan lebihan yang melekat pada kulit dan yang merosakkannya sekira-kira jika direndam atau dibasuh dengan air sesudah disamak, maka kulit itu tetap tidak busuk atau rosak.
4. Takhallul, iaitu arak bertukar menjadi cuka tanpa dimasukkan sesuatu bahan ke dalamnya.
Rujukan Kitab :
1) Kitab Mattlaal Badrain oleh Syeikh Muhammad bin Daud Al-Fatani
2) Ringkasan Ibadah oleh Ibnu Rahmat .
3) Kitab Minhajul Muslim oleh Abu Bakar Jabir Al-Jazairi .
4) Fiqh Syafii oleh Hj.Idris Ahmad S.H.
Monday, June 17, 2013
Puasa Enam
Adalah menjadi lumrah bagi kebanyakan umat Islam untuk menggiatkan
aktiviti ibadah pada sepanjang bulanRamadan. Ini adalah kerana pada
bulan yang penuhberkat ini Allah 'Azza wa Jalla membuka pintu
langitdengan seluas-luasnya untuk menurunkan limpahanrahmat-Nya kepada
sekalian hamba-hamba-Nya. Pada bulanyang mulia ini juga segala
amalan-amalan berbentukketaatan kepada-Nya akan naik secara terus
kepada-Nya.Sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:
Apabila masuk bulan Ramadan, maka pintu-pintu langit dibuka…
Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalamShahihnya, no: 1899
Namun demikian apabila Syawal menjelma terdapat ramai umat Islam yang
mula lalai serta alpa dalam mengerjakan ibadah. Syawal di lihat seperti
bulan untuk berehat dari melakukan amal-amal soleh dan digantikan
dengan pesta pembaziran, pergaulan bebas di antara lelaki dan wanita,
memakai pakain yang tidak mengikut spesifikasi syari’at, temasya
menonton rancangan televisyen yang berunsur hedonis dan lain-lain lagi.
Ini tidak sepatutnya berlaku kerana pada bulan Ramadan umat Islam
seolah-olah berada di dalam sebuah institusi latihan untuk membentuk
insan yang bertaqwa dan setelah tamat latihan tersebut ia sepatutnya
dapat membantu seseorang untuk mengekalkan ketaqwaan tersebut pada baki
sebelas bulan lagi.
Justeru itu seluruh umat Islam sewajarnya mengekalkan peningkatan
dalam tahap mengerjakan amal ibadah padabulan Syawal dan bulan-bulan
yang lain. Di antara bukti bahawa Ramadan telah berjaya
membentukkeperibadian yang tinggi terhadap seseorang dalammenjadi insan
yang bertaqwa adalah dengan mengerjakan puasa sunat Syawal atau lebih
dikenali dengan puasa enam bagi masyarakat kita. Dalil disyari’atkan
ibadah puasa sunat Syawal adalah sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam:
Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan
laludiiringinya dengan puasa enam hari di bulan Syawal,maka seolah-olah
dia telah berpuasa sepanjang masa.
Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Shahihnya, no: 1164
Menerusi hadis di atas dapat kita fahami bahawakeutamaan puasa sunat
pada bulan Syawal adalahseolah-olah dia berpuasa sepanjang tahun.
Menurut Syaikh ‘Abdullah al-Bassam:
Barangsiapa berpuasa enam hari pada bulan
Syawalsetelah Ramadan maka seakan-akan dia berpuasa fardusetahun. Ini
adalah kerana satu kebaikan di balas dengan sepuluh kali ganda
sepertinya. Puasa pada bulan Ramadan dibalas dengan ganjaran bersamaan
sepuluh bulan (iaitu bersamaan dengan 300 hari), puasa enam hari (pada
bulan Syawal) pula mendapat ganjaran sebanyak dua bulan (iaitu bersamaan
dengan 60 hari),yang demikian itu menjadi sunah yang sempurna, maka
tercapailah pahala beribadah setahun tanpa kesulitan sebagai kurnia
daripada Allah dan nikmat ke atashamba-Nya.
Taudhih al-Ahkam min Bulughul Maraam,jilid 3, ms. 576, Pustaka Azzam.
Cara yang paling utama untuk melaksanakannya adalahmemulakan berpuasa
sesudah Hari Raya Aidilfitri secara langsung (iaitu pada tarikh 2
Syawal), berturut-turut sebagaimana yang ditetapkan oleh para ulamak.
Ini jugamerupakan pendapat Imam Abu Hanifah dan Imam al-Syafi’i. Namun
begitu seseorang juga bebas memilih mana-mana hari sepanjang bulan
Syawal sama ada di awal, pertengahan mahupun akhirnya bahkan dia juga
boleh mengerjakan secara berturut-turut mahupun berpisah-pisah.
Amalan sesetengah pihak yang melakukan puasa qadha dan sunat Syawal
secara serentak mengikut formula dua dalam satu merupakan perbuatan
bidaah yang tidak ada dalilnya dari mana-mana hadis Nabi shallallahu
'alaihiwasallam yang sabit. Apa yang lebih utama adalah menyempurnakan
puasa bulan Ramadan terlebih dahulu yakni dengan menggantikan
puasa-puasa yang tertinggal kemudian baru dikerjakan puasa sunat Syawal.
Ini lebih bertepatan dengan maksud hadis di atas untuk mendapat
keutamaanya iaitu seolah-olah berpuasa sepanjangtahun. Oleh itu
janganlah ketinggalan dari menunaikan puasa sunat enam hari di bulan
Syawal ini.
Korban
Dari segi bahasa, korban bermaksud sesuatu yang dikorbankan kerana Allah subhanahu wata‘ala. Dari sudut syara‘, korban bermaksud menyembelih binatang yang tertentu pada masa-masa yang tertentu dengan niat mendekatkan diri kepada Allah subhanahu wata‘ala.
Pensyari'atan Dan Hikmahnya
Korban telah disyari‘atkan pada tahun kedua hijrah sama seperti ibadah zakat dan sembahyang Hari Raya.Firman Allah subhanahu wata‘ala:
Maksudnya:
“Maka kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu dan sembelihlah korban (sebagai tanda syukur)”
(Surah Al-Kauthar 108:2)
Hikmah disyari‘atkan korban ialah sebagai tanda bersyukur kepada Allah subhanahu wata‘ala di atas segala nikmatNya yang berbagai dan juga di atas kekalnya manusia dari tahun ke tahun.Ia juga bertujuan menjadi kifarah bagi pelakunya, sama ada disebabkan kesilapan-kesilapan yang telah dilakukan ataupun dengan sebab kecuaiannya dalam menunaikan kewajipan di samping memberikan kelegaan kepada keluarga orang yang berkorban dan juga mereka yang lain.
Korban tidak memadai dengan menghulurkan nilai harganya, berbeza dengan ibadah zakat fitrah yang bermaksud memenuhi keperluan golongan fakir, Imam Ahmad dikatakan menyebut amalan menyembelih korban adalah lebih afdhal daripada bersedekah dengan nilai harganya.
Hukum Melakukan Korban
Hukum melakukan korban ialah sunnah mu’akkadah bagi sesiapa yang mampu melakukannya.Sabda Nabi Muhammad sallallahu ‘alayhi wasallam yang bermaksud:
“Aku diperintahkan agar menyembelih qurban dan ia sunat bagi kamu”
(Riwayat Tirmizi)
Pembahagian Ibadah Korban
Terdapat dua jenis Korban iaitu korban wajib dan korban sunat.-
Korban Wajib
-
Korban Nazar.
Sama sahaja hukumnya dalam hal sama ada yang menyebutnya itu seorang yang kaya ataupun seorang fakir. Binatang yang dibelikan untuk tujuan korban oleh seorang fakir. Apabila seorang fakir membeli seekor kambing dengan niat untuk dikorbankan, maka ia menjadi wajib. Ini kerana membeli dengan tujuan berkorban oleh seseorang yang tidak wajib melakukannya dikira wajib kerana perbuatan ini dikira sebagai satu nazar.
Korban Sunat
Korban sunat ialah korban yang dilakukan oleh seseorang yang berkemampuan melakukannya sama ada miskin ataupun yang bermusafir, yang tidak berniat nazar atau membeli dengan tujuan korban.
Syarat-Syarat Korban
Syarat korban dapat dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu:
-
- Syarat Wajib/Sunat Korban.
- Syarat Sah Korban.
- Syarat Mereka Yang Dituntut Berkorban.
- Untuk dijadikan ibadah korban wajib ataupun sunat adalah disyaratkan dia mampu melaksanakannya.
- Orang yang dianggap mampu ialah mereka yang mempunyai harga untuk binatang korban yang lebih daripada keperluannya dan keperluan mereka yang di bawah tanggungannya untuk hari raya dan hari–hari tasyrik kerana inilah tempoh masa bagi melakukan korban tersebut.
- Kedudukannya sama seperti dalam masalah zakat fitrah, mereka mensyaratkan ia hendaklah merupakan yang lebih daripada keperluan seseorang juga keperluan mereka yang di bawah tanggungannya pada hari raya puasa dan juga malamnya sahaja.
Syarat Sah Korban
- Hendaklah binatang yang diqurbankan itu tidak mempunyai sebarang kecacatan yang menyebabkan kekurangan kuantiti dagingnya ataupun menyebabkan kemudharatan terhadap kesihatan. Contohnya cacat yang teruk pada salah satu matanya, berpenyakit yang teruk, tempang atau kurus yang melampau.
- Hendaklah korban itu dalam masa yang tertentu iaitu selepas sembahyang Hari Raya Haji pada 10 Zulhijjah hingga sebelum terbenam matahari pada akhir Hari Tasyrik iaitu pada 13 Zulhijjah.
- Hendaklah disembelih oleh orang Islam.
- Orang yang berkongsi mengorbankan unta atau lembu tidak lebih dari tujuh orang di mana masing–masing menyumbang 1/7 bahagian.
-
- Islam.
- Merdeka.
- Aqil Baligh.
- Bermukim atau Musafir.
- Berkemampuan.
Waktu bagi menyembelih korban bermula setelah selesai sembahyang Hari Raya dan bacaan khutbahnya iaitu setelah naik matahari sekadar segalah. Masanya berterusan siang dan malam sehingga Hari Tasyrik yang akhir iaitu sebelum terbenam matahari pada hari tersebut. Ini berdasarkan hadis Nabi yang diriwayat oleh Al-Barra’ bin ‘Azib :
“Perkara pertama yang kita mulakan pada hari ini ialah bersembahyang, kemudian kita balik dan melakukan penyembelihan korban. Sesiapa yang melakukan demikian maka dia telah menepati sunnah kami. Sesiapa yang menyembelih sebelum itu, maka ia merupakan daging yang disediakan untuk ahli keluarganya. Ia tidak dikira sebagai ibadah khas (korban) ini sedikit pun.”
Binatang Korban
Perbincangan tentang binatang korban ini meliputi empat perkara :- Jenis binatang yang diqurban.
- Umur binatang korban.
- Kadar binatang yang disembelih.
- Sifat–sifat binatang korban.
Para ulama’ sependapat bahawa ibadah korban tidak sah kecuali dengan menggunakan binatang an‘am, iaitu binatang jinak yang berkaki empat seperti unta, lembu dan kerbau, kambing biri–biri dan semua yang termasuk dalam jenisnya, sama ada jantan atau betina. Oleh itu, tidak sah berkorban dengan menggunakan binatang yang lain daripada binatang an‘am ini seperti kerbau liar dan kijang.
-
Jenis Binatang Yang Dikorban
Firman Allah subhanahu wata‘ala:
Maksudnya:
Kami syari‘atkan ibadah menyembelih korban (atau lain-lainnya) supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaanNya kepada mereka: binatang-binatang ternak yang disembelih itu.”
Kami syari‘atkan ibadah menyembelih korban (atau lain-lainnya) supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaanNya kepada mereka: binatang-binatang ternak yang disembelih itu.”
(Surah Al-Hajj 22:34)
Tidak terdapat sebarang dalil sama ada yang dinaqalkan daripada
Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam atau sahabat yang menunjukkan
mereka berkorban dengan binatang selain daripada binatang-binatang
ternakan (an‘am) ini. Oleh kerana korban merupakan satu ibadah yang dikaitkan dengan binatang, maka ia hanya ditentukan kepada binatang an‘am sahaja sama seperti ibadah zakat.Adapun binatang yang lebih afdhal dikorban ialah unta diikuti dengan lembu kemudian biri-biri atau kibasy kemudian kambing. Ini memandangkan kuantiti dagingnya yang lebih banyak bagi maksud pengagihan yang lebih meluas untuk fakir miskin.
Nabi sallallahu ‘alayhi wasallam juga telah bersabda yang bermaksud:
“Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat dengan mandi junub, kemudian dia pergi (ke Jumaat) maka dia seolah-olah telah berkorban seekor unta. Sesiapa yang pergi pada saat kedua maka dia seolah-olahnya berkorban dengan seekor lembu. Sesiapa yang pergi pada saat ketiga maka dia seolah-olah berkorban dengan seekor kibasy yang bertanduk.”
Para fuqaha’ bersepakat mengatakan bahawa seekor kambing atau kibasy hanya mencukupi sebagai korban untuk seorang sahaja. Seekor unta atau lembu pula mencukupi untuk menjadi korban bagi tujuh orang. Ini berdasarkan hadith Jabir:
“Kami berkorban bersama Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam semasa di Hudaybiyah dengan seekor unta atau seekor lembu untuk tujuh orang.”
Dalam riwayat Muslim pula menyebut :
“Kami keluar bersama Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam dan kami berniat Haji. Maka Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam telah memerintahkan kami supaya berkongsi mengorbankan seekor unta atau seekor lembu. Setiap tujuh orang berkongsi seekor unta.”
-
Umur Binatang Korban
Umur binatang yang hendak dikorbankan berbeza-beza mengikut jenis binatang iaitu: -
- Unta disyaratkan telah berumur lima tahun dan masuk ke umur enam tahun.
- Kambing dan lembu disyaratkan telah berumur dua tahun dan masuk ke umur tiga tahun.
- Kibasy disyaratkan telah memasuki umur dua tahun.
- Bagi anak unta, lembu, kambing dan kibasy yang telah berumur dua tahun lebih (yang telah bersalin gigi) harus dijadikan korban.
-
Kadar Binatang Yang Disembelih
-
Sifat–Sifat Binatang Korban
Sifat–sifat binatang korban sama ada betina atau jantan yang digariskan oleh syara‘ adalah seperti berikut: -
- Terang penglihatannya iaitu tidak buta.
- Tidak cacat seperti kudung kaki, putus ekornya, terpotong hidungnya atau sebagainya.
- Gemuk, tidak harus pada binatang yang terlalu kurus.
- Ciri-ciri yang afdhal terdapat pada binatang korban itu:
- Gemuk pada keseluruhan anggotanya.
- Bertanduk.
- Putih warna bulunya (pada kibasy).
- Jantan.
Sifat yang makruh pada binatang korban:
- Rabit telinganya.
- Terpotong sedikit bahagian belakang atau depan telinganya.
- Tidak mempunyai tanduk sejak asalnya.
- Patah tanduk sebelah atau keduanya atau pecah bahagian tanduknya.
- Tanggal sebahagian giginya disebabkan tua atau jatuh.
- Kabur penglihatannya.
Perkara Sunat Ketika Berkorban
“Ya Allah, ini adalah nikmat yang datang dariMu dan dengannya aku mohon untuk dapat mendampingiMu.”“Dengan nama Allah dan Engkau Yang Maha Besar, ini daripadaMu dan untukMu.Terimalah Ya Allah daripada si pulan, si pulan.....”
- Sunat menambat binatang yang hendak diqurbankan itu beberapa hari sebelum disembelih.
- Digantung tanda pada binatang yang hendak dikorbankan.
- Dibawa dengan baik dan ihsan ketika ke tempat penyembelihan.
- Disunatkan juga orang yang berkorban menyembelihnya.
- Sunat dihadapkan ke arah qiblat ketika menyembelih korban.
- Sunat memilih binatang yang paling gemuk, terelok dan terbesar untuk dijadikan korban.
- Sunat digunakan alat yang paling tajam dan diperbuat daripada besi.
- Setelah selesai disembelih maka sunat ditunggu sehingga binatang yang disembelih itu sejuk dan semua anggota tidak bergerak lagi.
-
Sunat bagi mereka yang mahu melakukan korban tidak bercukur dan tidak
memotong kukunya setelah tiba bulan Zulhijjah sehingga telah selesai
berkorban.
- Binatang korban sunat dibaringkan di atas rusuk kiri sebelum dilakukan penyembelihan.
- Sunat ketika sembelihan korban dilakukan adalah seperti berikut:
- Membaca basmalah.
- Bersalawat ke atas Nabi Muhammad.
- Binatang diarahkan ke arah qiblat.
- Bertakbir sebelum atau selepas membaca basmalah.
- Berdoa.
-
Orang yang berkorban hendaklah membaca doa seperti berikut :
-
Sunat wakil yang melakukan sembelihan menyebutkan orang yang mewakilkannya seperti:
Perkara Makruh Ketika Berkorban
-
Berlaku kasar kepada binatang yang hendak dikorbankan seperti
mengheret atau memukul semasa membawa ke tempat sembelihan atau
seumpamanya.
-
Memerah susu atau menggunting bulu atau mengambil sebarang faedah dari binatang yang hendak dijadikan korban.
-
Tidak menghadapkan ke arah qiblat semasa sembelihan dilakukan
-
Bercukur atau memotong kuku setelah tiba bulan Zulhijjah hingga penyembelihan korban selesai dijalankan.
-
Binatang yang telah dibeli untuk tujuan korban adalah makruh dijual kerana ia telah ditentukan untuk korban.
Hukum Daging Korban
-
Korban yang wajib iaitu yang dinazarkan ataupun yang ditentukan sama
ada dengan menyebut, “Ini adalah korban”, maka orang yang berkorban
tidak boleh memakannya. Dia wajib menyedekahkan semuanya sekali.
-
Anak kepada binatang korban yang ditentukan juga, perlu disembelih
seperti ibunya, tetapi bezanya ia boleh dimakan kesemuanya oleh tuan
yang mengorbankannya kerana disamakan dengan hukum susu, kerana tuannya
harus meminum susu binatang korban yang selebih daripada anaknya
walaupun perbuatan itu makruh.
-
Bagi korban sunat, maka tuannya sunat memakannya, iaitu yang
afdhalnya dia hendaklah memakannya beberapa suap sebagai mengambil
berkat.Ini bersesuaian dengan firman
Dengan yang demikian makanlah kamu dari (daging)
binatang-binatang qurban itu dan berilah makan kepada orang yang susah,
yang fakir miskin.
(Surah Al-Hajj, 22:28)
Hadith yang diriwayatkan oleh Al-Bayhaqi pula ada
menyebut bahawa Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam telah memakan
sebahagian daripada hati binatang korbannya. Hukum memakan daging korban
pula tidak wajib, ini berdasarkan firman Allah subhanahu wata‘ala
Dan Kami jadikan unta (yang dihadiahkan kepada
fakir miskin Makkah itu) sebahagian dari syi‘ar agama Allah untuk kamu,
pada menyembelih unta yang tersebut ada kebaikan bagi kamu.
(Surah Al-Hajj, 22:36)
Dalam ayat ini Allah menjelaskan bahawa ia dijadikan untuk kita.
Setiap perkara yang dijadikan untuk manusia, maka dia diberi pilihan
sama ada mahu memakannya atau tidak.-
Orang yang berkorban juga boleh menjamu kepada kalangan yang kaya,
tetapi tidak boleh diberi milik kepada mereka. Yang boleh cuma dihantar
kepada mereka sebagai hadiah yang mana mereka tidak akan menjualnya atau
sebagainya
. -
Mengikut pendapat dalam qawl jadid, orang yang berkorban boleh
memakan sebahagian daripada korbannya. Mengikut qawl qadim pula harus
memakan sebanyak separuh, manakala bakinya hendaklah disedekahkan.
-
Sebahagian ulama’ berpendapat daging korban dibahagikan kepada tiga
bahagian iaitu 1/3 daging disedekahkan dalam keadaan mentah, 1/3 daging
dimasak dan dibuat jamuan dan 1/3 daging dimakan oleh orang yang
berkorban.
-
Pendapat yang asahpula, adalah wajib bersedekah dengan sebahagian
daripada daging korban walaupun sedikit kepada orang Islam yang fakir
walaupun seorang. Walaubagaimanapun, yang lebih afdhal hendaklah
disedekahkan kesemuanya kecuali memakannya beberapa suap untuk mengambil
keberkatan seperti yang telah dijelaskan.
-
Bagi korban sunat pula, orang yang berqurban boleh sama ada
bersedekah dengan kulit binatang tersebut atau menggunakan sendiri,
seperti mana dia harus mengambil faedah daripada binatang itu semasa
hidupnya. Tetapi bersedekah adalah lebih afdhal. Bagi korban yang wajib
pula, kulit binatang itu wajib disedekahkan.
-
Korban juga tidak harus dibawa keluar dari negeri asalnya sebagaimana yang ditetapkan dalam masalah membawa keluar zakat.
Subscribe to:
Posts (Atom)










