Surah An-Nisaa' - (Perempuan) سورة النساء - mengandungi
176 ayat itu merupakan surah Madaniyyah yang terpanjang selepas surah
Al Baqarah. Dinamakan An Nisaa' kerana dalam surah ini banyak
dibicarakan hal-hal yang berhubung wanita serta merupakan surah yang
paling banyak membicarakan mengenainya jika dibanding dengan surah-surah
yang lain. Surah yang lain banyak juga membicarakan tentang hal wanita
seperti surah At Thalaq. Dalam hubungan ini, kebiasaannya disebut surah
An Nisaa' dengan sebutan: Surah An Nisaa' Al Kubraa (surah An Nisaa'
yang besar), sedangkan surah Ath Thalaq disebut dengan sebutan: Surah An
Nisaa' Ash Shughraa (surah An Nisaa' yang kecil).
Isi Kandungan:
1. Keimanan: Syirik (dosa yang paling besar); akibat kekafiran pada masa hadapan.
2. Hukum-hukum: Kewajipan para wali; hukum poligami; mas kahwin;
memakan harta anak yatim dan orang-orang yang tak dapat mengurus
hartanya; hukum warisan; perbuatan-perbuatan keji dan hukumannya,
wanita-wanita yang haram dikahwini; hukum-hukum mengahwini budak
perempuan; larangan memakan harta secara batil; hukum syiqaq dan nusyuq;
kesucian lahir batin dalam sembahyang; hukum suaka; hukum membunuh
seorang Islam; solat khauf; larangan melontarkan ucapan-ucapan buruk; masalah pusaka kalalah.
3. Kisah-kisah: Kisah-kisah tentang Nabi Musa a.s. dan pengikut-pengikutnya.
4. Dan lain-lain: Asal manusia adalah satu; keharusan menjauhi
adb-adab pada zaman jahiliyah dalam perlakuan mereka terhadap wanita;
adab bergaul dengan isteri; hak seseorang sesuai dengan kewajipannya;
perlakuan ahli kitab terhadap kitab-kitab yang diturunkan kepadanya;
dasar-dasar pemerintahan; cara mengadili perkara; keharusan membuat
penyiapan terhadap musuh; sikap-sikap orang munafik dalam menghadapi
peperangan; berperang di jalan Alllah adalah kewajipan setiap mukallaf; adab dalam peperangan; cara menghadapi orang-orang munafik; darjat orang-orang yang berjihad.
0 comments:
Post a Comment