Surah Ali ‘Imran ( آل عمران ) ini mempunyai 200 ayat dan merupakan surah Madaniyyah. Dinamakan Ali Imran kerana memuat kisah keluarga Imran yang di dalam kisahnya disebutkan kelahiran Nabi Isa, persamaannya dengan Nabi Adam, kenabian dan beberapa mukjizatnya, serta disebut pula kelahiran Maryam puteri Imran, ibunda kepada Nabi Isa.
Surah Ali Imran ini dan surah Al Baqarah dinamakan "Az Zahrawaani"
(dua yang cemerlang), kerana kedua-dua surah ini menyingkapkan hal-hal
yang disembunyikan oleh para Ahli Kitab, seperti kejadian dan kelahiran Nabi Isa, kedatangan Nabi Muhammad dan sebagainya.
Pokok-pokok isinya:
1. Keimanan:
Dalil-dalil dan
alasan-alasan yang membantah orang Nasrani yang mempertuhankan Nabi Isa
a.s.; ketauhidan adalah dasar yang dibawa oleh seluruh Nabi.
2. Hukum-hukum:
Musyawarah; bermubahalah; larangan melakukan riba.
3. Kisah-kisah:
Kisah keluarga 'Imran; perang Badar dan Uhud dan pelajaran yang dapat diambil dari padanya.
4. Dan lain-lain:
Golongan-golongan
manusia dalam memahami ayat-ayat mutasyaabihaat; sifat-sifat Allah;
sifat orang-orang yang bertakwa; Islam satu-satunya agama yang diridhai
Allah; kemudharatan mengambil orang-orang kafir sebagai teman
kepercayaan; pengambilan perjanjian para Nabi oleh Allah;
perumpamaan-perumpamaan; peringatan-peringatan terhadap Ahli Kitab;
Ka'bah adalah rumah peribadatan yang tertua dan bukti-buktinya; faedah
mengingati Allah dan merenungkan ciptaanNya.

0 comments:
Post a Comment