Perkataan Faraid dari segi bahasa mempunyai maksud yang banyak. Antaranya ialah menentukan, memastikan, menghalalkan dan mewajibkan. Menurut istilah syarak, Faraid adalah pembahagian harta seorang Islam yang telah meninggal dunia sama ada beliau meninggalkan wasiat atau tidak sebelum kematiannya. Maka harta peninggalannya akan dibahagikan kepada ahli warisnya (seperti anak, isteri, suami, ibu, dll), menurut hukum Islam. Harta yang dibahagikan kepada ahli waris adalah baki harta yang ditinggalkan setelah ditolak segala pembiayaan pengurusan jenazah, hutang pewaris (zakat, nazar, dll) dan wasiat yang dibenarkan oleh syarak (tidak melebihi 1/3 dari jumlah harta). Bentuk harta yang boleh dibahagikan secara Faraid ialah:
1. Tanah
2. Bangunan (rumah).
3. Barang kemas (emas, perak dll).
4. Insurans dan Wang tunai (sama ada dilaburkan atau tidak).
5. Binatang ternakan seperti kambing, lembu, unta, kerbau dll.
CARA
PENGAMBILAN HARTA PUSAKA
Jalan untuk melakukan pembahagian pusaka ialah dengan
terlebih dahulu meneliti siapakah di antara waris yang berhak menerima pusaka
dengan jalan Ashabul-Furud, kemudian dicari siapakah yang Mahjud, barulah
bakinya diberikan kepada yang berhak menerima Asabah.
1. Ashabul-Furud
Golongan ini mengambil pusaka menurut bahagian yang telah
ditetapkan oleh syarak iaitu sama ada 1/2, 1/3, 1/4, 2/3, 1/6 atau 1/8. Mereka
terdiri daripada isteri atau suami, ibu atau nenek, bapa atau datuk, anak
perempuan atau cucu perempuan, saudara perempuan kandung, saudara perempuan
sebapa dan saudara seibu.
2. Asabah
Merupakan golongan yang akan terima baki setelah semua
golongan (1) mendapat bahagian golongan
asabah. Terdapat 3 jenis asabah iaitu:
(a) Asabah Binafsih
(b) Asabah Bil Ghoir
(c) Asabah Maal Ghoir.
(a) Asabah Binafsih
Pembahagian pusaka dengan jalan menghabisi semua harta, atau
mengambil semua sisa untuk sekelian orang lelaki, tidak bersebab atau beserta
orang lain. Mereka terdiri daripada 12 orang lelaki iaitu bapa, datuk, anak
lelaki, cucu lelaki anak lelaki, saudara lelaki kandung, saudara lelaki sebapa, anak lelaki saudara
lelaki kandung, anak lelaki saudara lelaki sebapa, bapa saudara kandung, bapa
saudara sebapa, anak lelaki bapa sudara kandung dan anak lelaki bapa saudara
sebapa.
(b) Asabah Bil Ghoir
Pembahagian pusaka dengan jalan menghabiskan semua harta,
atau pengambilan semua baki untuk semua
perempuan dengan sebab adanya orang lelaki lain. Terdiri daripada 4 orang
iaitu: anak perempuan atau lelaki, cucu perempuan atau lelaki, saudara kandung
perempuan atau lelaki, saudara sebapa atau lelaki perempuan.
(c) Asabah Maal Ghoir
Pembahagian pusaka dengan jalan menghabisi semua harta, atau
mengambil semua sisa untuk sekelian orang perempuan sebab beserta orang
perempuan lain. Terdiri daripada 2 orang perempuan iaitu: saudara perempuan
kandung dan saudara perempuan sebapa
(berkongsi dengan anak atau cucu perempuan).
3. Dhawil-Arham
Golongan ini akan menggantikan golongan (1) dan (2) setelah
kedua-duanya tiada kecuali suami atau isteri tidak menghalang golongan ini
mengambil bahagian harta. Tetapi biasanya golongan ini akan terhalang menerima
harta. Keadaan ini disebut hijab iaitu dinding yang menjadi penghalang
seseorang daripada ahli waris untuk menerima pusaka kerana masih ada ahli waris
yang masih dekat hubungan kekeluargaannya dengan simati. Terdapat 4 golongan Dhawil-Arham (masih ada
hubungan kerabat) iaitu: golongan datuk dan nenek, golongan cucu dan cicit (anak dari cucu), golongan anak saudara dari
saudara perempuan dan golongan bapa saudara atau emak saudara atau saudara
lelaki atau perempuan ibu. Manakala hijab yang telah disebutkan tadi terdiri
daripada 2 jenis iaitu:
Hijab Nuqshon dan Hijab Hirman.
(a) Hijab Nuqshon
Terhalang dengan mengurangi pembahagian ahli waris dari
menerima pembahagian Ashabul-Furud yang
lebih banyak menjadi lebih sedikit, kerana masih ada ahli waris lain yang bersama-samanya. Seperti suami dari menerima setengah menjadi
seperempat kerana ada anak atau cucu.
(b) Hijab Hirman
Terhalang dengan tidak menerima pembahagian pusaka sama
sekali kerana masih terdapat ahli waris yang lebih dekat hubungannya dengan
yang mati yang lebih berhak untuk menerima harta pusaka. Misalnya saudara
lelaki sebapa terhalang kerana adanya saudara lelaki kandung dan datuk
terhalang sebab adanya bapa.
ALLAH S.W.T telah
berfirman: dalam (an-Nisa : 11)
Allah mensyariatkan bagimu tentang (pembahagian pusaka untuk)
anak-anakmu. Iaitu; bahagian seorang anak lelaki sama dengan bahagian dua orang
anak perempuan; dan jika anak itu semuanya perempuan lebih dari dua, maka bagi
mereka dua pertiga dari harta yang ditinggalkan; jika anak perempuan itu
seorang sahaja, maka ia memperolehi separuh harta. Dan untuk dua orang ibu
bapa, bagi masing-masingnya satu perenam dari harta yang ditinggalkan, jika
yang meninggal itu mempunyai anak; jika orang yang meninggal tidak mempunyai
anak dan ia diwarisi oleh ibu bapanya (sahaja), maka ibunya mendapat satu
pertiga; jika yang meninggal itu mempunyai beberapa saudara, maka ibunya
mendapat satu perenam. (Pembahagian-pembahagian tersebut) sesudah dipenuhi
wasiat yang dia buat atau (dan) sesudah dibayar hutangnya. (Tentang) orang
tuamu dan anak-anakmu, kamu tidak mengetahui siapa di antara mereka yang lebih
dekat (banyak) manfaatnya bagimu. Ini adalah ketetapan dari Allah. Sesungguhnya
Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
ALLAH S.W.T telah
berfirman: dalam (an-Nisa : 12)
Dan bagimu (para suami) satu perdua dari harta yang
ditinggalkan oleh isteri-isterimu, jika mereka tidak mempunyai anak. Jika
isteri-isterimu itu mempunyai anak, maka kamu mendapat satu perempat dari harta
yang ditinggalkannya sesudah dipenuhi wasiat yang mereka buat atau (dan)
sesudah dibayar hutangnya. Para isteri memperoleh satu perempat harta yang kamu
tinggalkan jika kamu tidak mempunyai anak. Jika kamu mempunyai anak, maka para
isteri memperolehi satu perlapan dari harta yang kamu tinggalkan sesudah
dipenuhi wasiat yang kamu buat atau (dan) sesudah dibayar hutang-hutangmu. Jika
seseorang mati, baik lelaki mahupun perempuan yang tidak meninggalkan bapa dan
tidak meninggalkan anak, tetapi mempunyai seorang saudara lelaki (seibu sahaja)
atau seorang saudara perempuan (seibu sahaja), maka bagi masing-masing dari
kedua-dua jenis saudara itu satu perenam harta. Tetapi jika saudara-saudara
seibu itu lebih dari seorang, maka mereka bersekutu dalam yang satu pertiga
itu, sesudah dipenuhi wasiat yang dibuat olehnya atau sesudah dibayar hutangnya
dengan tidak memberi mudarat (kepada ahli waris). (Allah menetapkan yang
sedemikian itu sebagai) syariat yang benar-benar dari Allah, dan Allah Maha
Mengetahui lagi Maha Penyantun.
ALLAH S.W.T telah
berfirman: dalam (an-Nisa : 176)
Mereka meminta fatwa kepada kamu (tentang kalaalah).
Katakanlah Allah memberi fatwa kepadamu tentang kalaalah (iaitu): jika seorang
meninggal dunia, dan dia tidak mempunyai anak dan mempunyai saudara perempuan,
maka bagi saudaranya yang perempuan itu satu perdua daripada harta yang
ditinggalkannya, dan saudaranya yang lelaki, mempusakai (seluruh harta saudara
perempuan), jika dia tidak mempunyai anak; tetapi jika saudara perempuan itu
dua orang, maka bagi kedua-duanya dua pertiga daripada harta yang ditinggalkan
oleh yang meninggal. Dan jika mereka (ahli waris itu terdiri daripada) saudara
lelaki dan perempuan, maka bahagian seorang saudara lelaki sebanyak dua bahagian
saudara perempuan. Allah menerangkan (hukum ini) kepadamu supaya kamu tidak
sesat. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.
SENARAI AHLI-AHLI WARIS
YANG LAYAK MENERIMA HARTA PUSAKA
Terdapat 15
ahli waris dari pihak lelaki dan 10 ahli waris dari dari pihak perempuan yang
utama dan layak menerima harta pusaka.
Waris dari
pihak lelaki seperti berikut:
1. Anak
lelaki
2. Cucu
lelaki dari anak lelaki
3. Bapa
4.
Datuk
5.
Saudara lelaki seibu sebapa
6.
Saudara lelaki sebapa
7.
Saudara lelaki seibu
8. Anak
saudara lelaki dari seibu sebapa
9. Anak
saudara lelaki dari seibu atau sebapa
10. Bapa
saudara seibu sebapa
11. Bapa
saudara sebapa
12. Sepupu
dari bapa saudara seibu sebapa
13. Sepupu
dari bapa saudara sebapa
14. Suami
15. Hamba
sahaya
Jika kesemua
waris lelaki di atas wujud, maka hanya tiga orang sahaja yang layak iaitu:
1. Bapa
2. Anak lelaki
3. Suami
Ahli-ahli
waris perempuan yang layak menerima harta pusaka iaitu:
1. Anak
perempuan
2. Cucu
perempuan dari anak lelaki
3. Ibu
4.
Nenek sebelah ibu
5.
Nenek sebelah bapa
6.
Saudara perempuan seibu sebapa
7.
Saudara perempuan seibu
8.
Saudara perempuan sebapa
9.
Isteri
10. Petuan
perempuan bagi hamba sahaya
Jika kesemua
ahli waris diatas wujud, hanya 5 orang yang layak:
1. Anak perempuan
2. Cucu perempuan dari anak lelaki
3. Ibu
4. Saudara perempuan seibu sebapa
5. Isteri
Jika kesemua
25 waris lelaki dan perempuan masih hidup, maka keutamaan akan diberikan kepada
hanya lima ahli waris berikut:
1. Bapa
2. Ibu
3. Anak
Lelaki
4. Anak
Perempuan
5. Suami/Isteri
Tidak mempunyai anak ATAU
Tidak mempunyai cucu dari anak lelaki |
|
Mempunyai anak ATAU
Mempunyai cucu dari anak lelaki |
Tiada anak ATAU
Tiada cucu dari anak lelaki |
|
Mempunyai anak ATAU
Mempunyai cucu dari anak lelaki |
Hanya seorang sahaja DAN tidak ada anak lelaki | |
2 orang anak perempuan atau lebih DAN tiada anak lelaki | |
Mempunyai anak lelaki - mendapat separuh dari bahagian anak lelaki |
Mempunyai seorang sahaja DAN tiada anak | |
Mempunyai 2 orang atau lebih DAN tiada anak | |
Mempunyai seorang atau lebih jika
bersama-sama dengan
seorang anak perempuan |
|
Mempunyai cucu lelaki - mendapat
separuh dari bahagian cucu lelaki daripada anak lelaki.
Terhalang disebabkan mempunyai anak lelaki ATAU 2 anak perempuan atau lebih |
Mempunyai anak lelaki ATAU cucu lelaki dari anak lelaki | |
Mempunyai anak perempuan ATAU cucu
perempuan
dari anak lelaki |
|
Tiada anak ATAU cucu dari anak lelaki |
Mempunyai anak ATAU cucu dari anak lelaki ATAU mempunyai dua saudara kandung ATAU saudara sebapa | |
Tidak mempunyai anak ATAU cucu dari
anak lelaki ATAU
tiada dua saudara kandung ATAU saudara sebapa |
|
Mempunyai bapa serta suami ATAU isteri |
Datuk kepada simati | |
Sama seperti bapa | Hanya mendapat bahagian sekiranya tiada bapa |
Bahagian Diperolehi | |
Tiada anak, cucu, bapa DAN tiada
waris yang
menjadikannya Asabah |
|
Dua orang atau lebih, tiada anak, cucu, bapa DAN ahli yang menjadikannya Asabah | |
Mempunyai saudara lelaki kandung ATAU datuk. | |
disebabkan adanya bapa, ATAU anak lelaki ATAU cucu lelaki dari anak lelaki |
Hanya seorang, tiada anak, cucu,saudara
kandung, bapa
DAN tiada ahli yang menjadikannya Asabah |
|
Dua orang atau lebih dengan syarat
tiada cucu lelaki,
saudara kandung, bapa DAN tiada ahli yang menjadikannya Asabah |
|
Seorang atau lebih mempunyai saudara
perempuan seibu
sebapa |
|
disebabkan oleh saudara lelaki sebapa ATAU datuk | |
1. Bapa
2. Dua orang atau lebih saudara perempuan kandung 3. Seorang saudara perempuan kandung dan mempunyai anak perempuan dan cucu perempuan 4. Saudara lelaki kandung |
Saudara
Seibu (Lelaki/Perempuan)
|
|
Hanya seorang, tiada bapa, datuk DAN tiada anak ATAU cucu dari anak lelaki | |
Dua atau lebih, tiada bapa, datuk DAN tiada anak ATAU cucu dari anak lelaki | |
Disebabkan adanya bapa, datuk, anak dan cucu dari anak lelaki |
0 comments:
Post a Comment