Muhammad II (Arab: محمد الثانى) juga dikenali dengan
Muhammad al-Fatih iaitu daripada kata terbitan "al-fath" (الفاتح) seperti Surah al
Fatihah beerti surah pembukaan atau "Pembuka yang besar" yang
dilahirkan pada 30 Mac 1432 di Edirne dan meninggal dunia pada 3 Mei 1481 di
Hünkârcayırı, berdekatan Gebze. Baginda adalah Sultan yang memerintah Empayar
Uthmaniyyah dalam masa singkat iaitu dari tahun 1444 ke 1446 dan kemudian dari
tahun 1451 ke 1481. Baginda menakluk Constantinople pada umur 21 tahun yang
membawa kepada kehancuran Empayar Byzantine. Muhammad II dilahirkan di Edirne
yang pada masa itu ibu kota kerajaan Uthmaniyyah pada 29 Mac 1432. Bapanya
adalah Sultan Murad II (1404–51) ibunya Huma Hatun, anak perempuan Abd'Allah
dari Hum.
Muhammad al-Fatih merupakan
seorang sultan yang mementingkan kekuatan dalaman dan luaran para tenteranya.
Mempunyai kepakaran dalam bidang ketenteraan, sains, matematik dan menguasai
enam bahasa (bahasa Turki, Greek, Hebrew, Arab, Parsi dan Latin) pada ketika
berumur 21 tahun. Seorang pemimpin yang hebat, warak dan tawaduk selepas Sultan
Salahuddin Al-Ayubbi (pahlawan Islam dalam Perang Salib) dan Sultan Saifuddin
Muzaffar Al-Qutuz (pahlawan Islam dalam peperangan di Ain Jalut menentang
tentera Mongol). Malah sifat-sifat baginda dan tenteranya telah diisyaratkan
oleh Rasulullah S.A.W: “ Constantinople akan ditakluki oleh tentera Islam.
Rajanya (yang menakluk) adalah sebaik-baik raja dan tenteranya (yang menakluk)
adalah sebaik-baik tentera”.
Seorang Sahabat Rasullullah
S.A.W, Abu Ayub Al Ansari pernah mengikuti ekspidisi perang menentang tentera
Rom di Constantinople ketika di zaman kerajaan Bani Umaiyyah. Beliau ingin
jasadnya dikuburkan di tembok Constantinople dan ketika ditanya mengapa beliau
ingin dikuburkan ditembok tersebut, beliau berkata kepada panglima Bani
Umaiyah: "Aku mendengar baginda Rasulullah S.A.W mengatakan seorang lelaki
soleh akan dikuburkan di bawah tembok tersebut & aku juga ingin mendengar
derapan tapak kaki kuda yang membawa sebaik-baik raja yang mana dia akan
memimpin sebaik-baik tentera seperti yang telah diisyaratkan oleh
baginda."
Kejayaan baginda dalam menewaskan
tentera salib menyebabkan ramai kawan dan lawan kagum dengan kepimpinan beliau
serta taktik & strategi peperangannya yang dikatakan mendahului pada
zamannya dan juga kaedah pemilihan tenteranya. Baginda merupakan anak didik
Syeikh Syamsuddin yang mana merupakan keturunan Abu Bakar As-Siddiq.
Antara sumbangan baginda adalah
menakluk Constantinople yang juga menyebabkan berakhirnya Empayar Byzantine.
Baginda jugalah yang menukar nama Constantinople kepada Islambol (Islam
keseluruhannya). Kini nama tersebut telah ditukar oleh Mustafa Kamal Ataturk
kepada Istanbul. Di atas jasanya, Masjid Al Fatih telah dibina bersebelahan
makamnya.
Diceritakan bahawa para tentera
Sultan Muhammad Al Fatih tidak pernah meninggalkan solat wajib sejak baligh
& separuh dari mereka tidak pernah meninggalkan solat rawatib sejak baligh.
Hanya Sultan Muhammad Al Fatih sajalah yang tidak pernah meninggalkan solat
wajib, tahajud & rawatib sejak baligh hinggalah ke saat baginda meninggal
dunia.
0 comments:
Post a Comment