Adalah menjadi lumrah bagi kebanyakan umat Islam untuk menggiatkan
aktiviti ibadah pada sepanjang bulanRamadan. Ini adalah kerana pada
bulan yang penuhberkat ini Allah 'Azza wa Jalla membuka pintu
langitdengan seluas-luasnya untuk menurunkan limpahanrahmat-Nya kepada
sekalian hamba-hamba-Nya. Pada bulanyang mulia ini juga segala
amalan-amalan berbentukketaatan kepada-Nya akan naik secara terus
kepada-Nya.Sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:
Apabila masuk bulan Ramadan, maka pintu-pintu langit dibuka…
Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalamShahihnya, no: 1899
Namun demikian apabila Syawal menjelma terdapat ramai umat Islam yang
mula lalai serta alpa dalam mengerjakan ibadah. Syawal di lihat seperti
bulan untuk berehat dari melakukan amal-amal soleh dan digantikan
dengan pesta pembaziran, pergaulan bebas di antara lelaki dan wanita,
memakai pakain yang tidak mengikut spesifikasi syari’at, temasya
menonton rancangan televisyen yang berunsur hedonis dan lain-lain lagi.
Ini tidak sepatutnya berlaku kerana pada bulan Ramadan umat Islam
seolah-olah berada di dalam sebuah institusi latihan untuk membentuk
insan yang bertaqwa dan setelah tamat latihan tersebut ia sepatutnya
dapat membantu seseorang untuk mengekalkan ketaqwaan tersebut pada baki
sebelas bulan lagi.
Justeru itu seluruh umat Islam sewajarnya mengekalkan peningkatan
dalam tahap mengerjakan amal ibadah padabulan Syawal dan bulan-bulan
yang lain. Di antara bukti bahawa Ramadan telah berjaya
membentukkeperibadian yang tinggi terhadap seseorang dalammenjadi insan
yang bertaqwa adalah dengan mengerjakan puasa sunat Syawal atau lebih
dikenali dengan puasa enam bagi masyarakat kita. Dalil disyari’atkan
ibadah puasa sunat Syawal adalah sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam:
Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan
laludiiringinya dengan puasa enam hari di bulan Syawal,maka seolah-olah
dia telah berpuasa sepanjang masa.
Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Shahihnya, no: 1164
Menerusi hadis di atas dapat kita fahami bahawakeutamaan puasa sunat
pada bulan Syawal adalahseolah-olah dia berpuasa sepanjang tahun.
Menurut Syaikh ‘Abdullah al-Bassam:
Barangsiapa berpuasa enam hari pada bulan
Syawalsetelah Ramadan maka seakan-akan dia berpuasa fardusetahun. Ini
adalah kerana satu kebaikan di balas dengan sepuluh kali ganda
sepertinya. Puasa pada bulan Ramadan dibalas dengan ganjaran bersamaan
sepuluh bulan (iaitu bersamaan dengan 300 hari), puasa enam hari (pada
bulan Syawal) pula mendapat ganjaran sebanyak dua bulan (iaitu bersamaan
dengan 60 hari),yang demikian itu menjadi sunah yang sempurna, maka
tercapailah pahala beribadah setahun tanpa kesulitan sebagai kurnia
daripada Allah dan nikmat ke atashamba-Nya.
Taudhih al-Ahkam min Bulughul Maraam,jilid 3, ms. 576, Pustaka Azzam.
Cara yang paling utama untuk melaksanakannya adalahmemulakan berpuasa
sesudah Hari Raya Aidilfitri secara langsung (iaitu pada tarikh 2
Syawal), berturut-turut sebagaimana yang ditetapkan oleh para ulamak.
Ini jugamerupakan pendapat Imam Abu Hanifah dan Imam al-Syafi’i. Namun
begitu seseorang juga bebas memilih mana-mana hari sepanjang bulan
Syawal sama ada di awal, pertengahan mahupun akhirnya bahkan dia juga
boleh mengerjakan secara berturut-turut mahupun berpisah-pisah.
Amalan sesetengah pihak yang melakukan puasa qadha dan sunat Syawal
secara serentak mengikut formula dua dalam satu merupakan perbuatan
bidaah yang tidak ada dalilnya dari mana-mana hadis Nabi shallallahu
'alaihiwasallam yang sabit. Apa yang lebih utama adalah menyempurnakan
puasa bulan Ramadan terlebih dahulu yakni dengan menggantikan
puasa-puasa yang tertinggal kemudian baru dikerjakan puasa sunat Syawal.
Ini lebih bertepatan dengan maksud hadis di atas untuk mendapat
keutamaanya iaitu seolah-olah berpuasa sepanjangtahun. Oleh itu
janganlah ketinggalan dari menunaikan puasa sunat enam hari di bulan
Syawal ini.
0 comments:
Post a Comment