Surah Al-Fatihah (سورة الفاتحة) - Pembukaan - surah yang diturunkan di Makkah dan diturunkan selepas Surah Al-Muddathir.
Surah ini mempunyai 7 ayat dan inilah surah pertama yang diturunkan
lengkap keseluruhan ayat bagi sebuah surah dan termasuk dalam golongan
surah Makkiyyah.
Surah ini dinamakan Al-Fatihah (Pembukaan) kerana ia dijadikan sebagai pembuka dan permulaan Al-Quran.
Surah ini juga dinamakan Ummul Quran (ام القــرآن - Ibu Quran) atau Ummul Kitaab (ام الكتاب - Ibu Kitab) kerana ia merupakan ibu atau induk kepada semua isi Al-Quran dan menjadi inti sari dari kandungan Al-Quran itu sendiri.
Surah ini turut dinamakan As-Sab'ul Matsaani yang bermaksud tujuh yang berulang-ulang kerana ayat ini diulang-ulang bagi setiap solat.
Terjemahan Rumi
[1] Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[2] Pujian bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
[3] Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[4] Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
[5] Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
[6] Tunjukilah kami jalan yang lurus.
[7] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai ke atas mereka, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
[2] Pujian bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
[3] Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[4] Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
[5] Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
[6] Tunjukilah kami jalan yang lurus.
[7] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai ke atas mereka, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
Unsur Pokok
Surah ini mengandungi beberapa unsur pokok yang mencerminkan seluruh intipati Al Quran, iaitu :Keimanan
Beriman kepada Tuhan Yang Maha Esa terdapat dalam ayat kedua, iaitu
dinyatakan dengan tegas bahawa segala pujian dan ucapan syukur ke atas
sesuatu anugerah dari Allah yang merupakan Pencipta dan sumber segala
anugerah yang terdapat dalam alam ini. Di antara anugerah itu ialah ;
anugerah menciptakan, anugerah mendidik dan menumbuhkan, sebab kata Rab
dalam kalimat Rabbul-'aalamiin tidak hanya bermaksud Tuhan atau
Penguasa, tetapi juga mengandung erti tarbiyah iaitu mendidik dan
menumbuhkan. Hal ini menunjukkan bahawa segala anugerah yang dilihat
oleh dalam diri seseorang sendiri dan dalam segala alam ini berpunca
daripada Allah, kerana merupakan Tuhan Yang Maha Berkuasa di alam ini.
Pendidikan, penjagaan dan Penumbuhan oleh Allah di alam ini haruslah
diperhatikan dan difikirkan oleh manusia sedalam-dalamnya, sehingga
menjadi sumber pelbagai macam ilmu pengetahuan yang dapat menambah
keyakinan manusia kepada keagungan dan kemuliaan Allah, serta berguna
bagi masyarakat. Oleh itu, keimanan (ketauhidan) itu merupakan masalah
yang pokok, maka didalam surat Al Faatihah tidak cukup dinyatakan dengan
isyarat saja, tetapi ditegaskan dan dilengkapi oleh ayat 5, iaitu :
Iyyaaka na'budu wa iyyaka nasta'iin
Terjemahan rumi | Arab | Sebutan |
---|---|---|
1. "Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani" |
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
|
Bismi Llâhi r-rahmâni r-rahîm |
2. "Pujian bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam" |
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـٰلَمِين
|
Al-hamdu liLlâhi rabbi l-`âlamîn |
3. "Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani" |
ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
|
Ar-rahmâni r-rahîm |
4. "Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat)" |
مَـٰلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين
|
Mâliki yawmi d-dîn |
5. "Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan" |
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
|
Iyyâka na`budu wa'iyyâka nasta`în |
6. "Tunjukilah kami jalan yang lurus" |
ٱهْدِنَا ٱلصِّرَ ٰط ٱلْمُسْتَقِيمَ
|
Ihdina s-sirâta l-mustaqîm |
7. "Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai ke atas mereka, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat" |
صِرَ ٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ
|
Sirâta llazîna an`amta `alayhim ghayri l-maghdhûbi `alayhim wala dh-dhâllîn |
(Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang
Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan).
Janji memberi pahala terhadap perbuatan yang baik dan ancaman terhadap
perbuatan yang buruk.
Yang dimaksud dengan Yang Menguasai Hari Pembalasan ialah pada hari
itu Allah-lah yang berkuasa, segala sesuatu tunduk kepada kebesaran Nya
sambil mengharap anugerah dan takut kepada seksaan Nya. Hal ini
mengandung erti janji untuk memberi pahala terhadap perbuatan yang baik
dan ancaman terhadap perbuatan yang buruk. Ibadat yang terdapat pada
ayat 5 semata-mata ditujukan kepada Allah.
Hukum-hukum
Jalan kebahagiaan dan cara seharusnya menempuh jalan itu untuk
memperoleh kebahagiaan dunia dan akhirat. Maksud "Hidayah" disini ialah
hidayah yang menjadi sebab dapatnya keselamatan, kebahagiaan dunia dan
akhirat, baik yang mengenai kepercayaan mahupun akhlak, hukum-hukum dan
pelajaran.
Kisah-kisah
Kisah para Nabi dan kisah orang-orang dahulu yang menentang Allah.
Sebahagian besar dari ayat-ayat Al Quran memuat kisah-kisah para Nabi
dan kisah orang-orang dahulu yang menentang. Yang dimaksud dengan orang
yang diberi nikmat dalam ayat ini, ialah para Nabi, para shiddieqiin
(orang-orang yang sungguh-sungguh beriman), syuhadaa' (orang-orang yang
mati syahid), shaalihiin (orang-orang yang saleh). Orang-orang yang
dimurkai dan orang-orang yang sesat, ialah golongan yang menyimpang dari
ajaran Islam.
Perincian dari yang telah disebutkan diatas terdapat dalam ayat-ayat Al Quran pada surat-surat yang lain.
Penutup
Surat Al-Fatihah ini melengkapi unsur-unsur pokok syari'at Islam,
kemudian dijelaskan perinciannya oleh ayat-ayat Al Quran yang 113 surat
berikutnya.
Persesuaian surat ini dengan surat Al Baqarah dan surat-surat
sesudahnya ialah surat Al Faatihah merupakan titik-titik pembahasan yang
akan diperinci dalam surat Al Baqarah dan surat-surat yang sesudahnya.
Dibahagian akhir surat Al Faatihah disebutkan mengenai permohonan
hamba supaya diberi petunjuk oleh Tuhan ke jalan yang lurus, sedang
surah Al Baqarah dimulai dengan petunjuk al Kitaab (Al Quran) yang cukup
sempurna sebagai pedoman menuju jalan yang dimaksudkan itu.
0 comments:
Post a Comment